Ahad, 1 November 2015
Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Yang
Amat Berbahagia
Tun
Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pro-Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Yang
Berbahagia
Prof.
Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib
Canselor UKM
Timbalan-timbalan
Naib Canselor
Pegawai
Pengurusan Utama
Ahli-ahli
Senat dan Akademik
Pegawai
Kanan Universiti
Para
ibu bapa
Serta
graduan yang diraikan
Pada
suatu pagi, hari Jumaat 21 April, musim bunga tahun 1989, bersamaan 15 Ramadan
1409, 26 tahun yang lalu, dalam perjalanan ke pos terakhir Mujahiddin, melalui tebing Sungai Kunar, Wilayah Kunar,
Afghanistan, saya dan dua orang teman wartawan dari Malaysia menemui orang tua
ini (Slide).
Beliau
duduk di antara kotak-kotak peluru sambil membaca Al Quran.
Masakan
kami dapat melupakan imej luar biasa ini yang dirakamkan oleh Haji Mohammad Ali
Zakaria, jurtufoto majalah Dewan
Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) ketika itu.
Pada
masa itu, Presiden Najibullah, boneka yang diletakkan oleh Soviet Rusia berada
dalam kedudukan telur di hujung tanduk. Selama 10 tahun pejuang kebebasan yang
dikenal sebagai “Mujahiddin” menentang
bala tentera kedua terbesar di dunia dengan hanya berpakaian shalwar kameez dan pakol;ada kalanya dengan berbekalkan senapang lama Lee Anfield atau
jikalau bernasib baik, menyandang AK-47;
bekalan makanan yang terhad; tetapi
dengan semangat juang luar biasa. “Rag-tag
army” (dengan maaf) ini menumbangkan bala tentera Rusia yang bersenjata
canggih.
Di
antara luang kecil yang dipanggil “no man’s
land”, di tengah ledakan peluru meriam dan bunyi tembakan senapang yang
bagaikan tanpa hentinya, pengiring kami, Muhammed Munier, mengarahkan pemandu
Land Cruiser menghentikan kenderaannya.
Imej
ini luar biasa kerana beberapa hal. Pertama, orang tua itu bagaikan tidak
mempedulikan atau oblivious pada apa
yang berlaku di sekelilingnya. Kedua, beliau berlindung di sebalik kotak-kota
peluru yang sekiranya terkena tembakan boleh menjadi letupan besar. Beliau
hanya tahu bahawa kitab suci Al Quran adalah sumber kekuatan dan keyakinannya, juga
ketaqwaan dan keberaniannya.
Kami
tidak mengetahui nama beliau. Waktunya terlalu singkat untuk membolehkan foto
ini diambil. Tetapi saya percaya ia merupakan salah satu imej yang amat
bermakna atau enduring yang pernah
dirakamkan dalam sejarah perang di Afghanistan.
Saya
teringat apa yang disebutkan oleh Profesor Abd Rabb Rassol Sayyaf apabila
beliau saya temui,yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Kerajaan Sementera
(interim) Afghanistan, “Iman punca kekuatan kami.” Saya menemui Gulbuddin
Hekmateyar, pemimpin Hisbi Islami, pertubuhan yang paling teratur dan
berpengaruh ketika itu yang mengatakan, “Kita akan perangi musuh kami, walaupun
kami tinggal seorang.”
Kita
tahu apa yang berlaku di Afghanistan selepas 1989. Dan negara itu belum
mengenal keamanan sehingga hari ini. Label “Mujahiddin” yang satu waktu dahulu
didewakan oleh Barat dan dinobatkan dalam karya popular Hollywood, kini
mendapat label baharu “terrorist”
atau pengganas. Hanya dengan perubahan makna atau linguistic twist akibat peristiwa 11/9 2001, mereka kini menjadi
musuh Barat.
Kami
melalui perjalanan yang panjang dan penuh berbahaya dari Peshawar North-West
Frontiers Pakistan; melalui wilayah tribal (tribal
areas); menyeludup melalui Hewar Pass dan bukan Kyber Pass untuk masuk ke Wilayah Kunar yang tinggal
padang jarak dan padang tekukur, lalu menuju ke Jalalabad, kota utama Wilayah
Nangahar.
Secara
jujur bukan saya tidak terfikir tentang isteri di rumah yang ketika itu sedang mengandung
anak kami yang ketiga. Begitu juga dua orang teman-teman saya, Wan Omar Ahmad
dan Mohamad Ali Zakaria. Tetapi keberanian orang-orang yang kami temui
sepanjang perjalanan, termasuk anak-anak, yang ingin membebaskan negara mereka
dari cengkaman penjajahan memberikan kekuatan luar biasa pada kami. Gerakan
massa yang dikenal dalam bahasa Pushtan sebagai Qiam Omumitidak jauh maknanya daripada Intifada yang kita kenal hari ini di kalangan rakyat Palestin.
Wartawan
dan jurufoto terbunuh di tempat berkonflik bagi membawa berita dan maklumat
pada pembaca dan penonton TV.
Saya
pernah memilih jalan itu.
Saya
juga melaporkan apa yang berlaku di Bosnia-Herzegovina sepas perang saudara
yang dahsyat pada awal tahun-tahun 90-an dan melihat sengketa yang mengorbankan
orang-orang yang tidak berdosa. Saya berada di Afrika Selatan pada ambang
perubahan politik yang memungkinan Nelson Mandela yang pernah dipenjara selama
27 tahun menjadi Presiden negara yang pernah menganiyainya.
Saya
mengenal Sher Mohamad di pinggir Jalalabad, yang berusia 14 tahun menggalang
senjata. Saya mengenal tokoh-tokoh pejuang anti-aparteid di Afrika Selatan,
termasuk teman-teman Nelson Mandela.
Saya menenemui Vaclav Havel, bekas tahanan yang menggunakan
drama-dramanya untuk menentang penaklukan Soviet Rusia di Czekoslovakia. Beliau
menjadi Presiden Republik Czech kemudiannya.
Saya
membuat liputan perjalanan perdana menteri saya ketika itu, Datuk seri Dr
Mahathir Mohammad (sekarang Tun) ke seantero pelosok dunia, juga mewawancara
ratusan pemimpin besar dan kecil, tokoh koporat, pimpinan NGO, agama,
masyarakat dan bintang atau selebriti.
Dan
saya menjadi pemain kecil tetapi relatif penting dalam pergolakan politik tahun
1998 seperti saya berada di tengah ribut politik sewaktu saya memimpin
akhbar-akbar dan majalah terbitan Kumpulan Utusan Melayu, syarikat yang dianggap
Suara Keramat orang Melayu.
Itulah
dunia media yang saya pilih.
Tetapi
saya juga dikenal sebagai tokoh korporat yang terbabit dalam pelbagai
perusahaan daripada pertanian hingga pendidikan dan menjadi lembaga pengarah beberapa
buah syarikat yang terserai di Bursa
Malaysia (sebelumnya Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL).
Selama
lebih enam tahun saya harus pula berdepan dengan pemegang saham, penganalisis
dan wartawan bisnes sebagai Pengerusi Media Prima Bhd untuk menjelaskan tentang
PAT, tangible assets, directors’
renumeration, trade receiveables, aliran tunai, prespek masa depan dan
mendengar teguran malah kritikan pemegang saham majoriti dan minoriti sewaktu
Mesyuarat Agung Tahunan syarikat saya.
Itu
belum lagi tekanan atau pressure politik yang harus saya lalui.
Demikianlah dugaan yang selalunya saya pendam dalam lubuk
hati sendiri. Rupanya semua itu diperhatikan oleh anak saya yang ketiga,
Syahida, yang merakamnya dalam antologi puisi beliau Mimpi-Mimpi Ida yang baharu diterbitkan oleh Institut Terjemahan
Buku Malaysia (ITBM).
Izinkan
membacakan dua bait yang relevan dari sajak yang berjudul “Ayah” dalam bahasa asalnya, dengan izin:
I have seen you, late at night on your own
Your face buried deep in your hands
Your shoulders slouched – like the whole world is on your shoulder
We can see too
How you long for a friendship
Ones that will not turn their back on you
You have been beaten, bruised, trampled, battered
But you are a man of principle
And you always work miracles with that mind and hands of yours
Mind that reads and reads and reads and reads
And hand, soft hands – not meant for tyre changing or cupboard hamering
perhaps-
But creative hands
Meant to change the world and stir souls
Dan
saya datang dari perjalanan yang panjang, yang disebutkan oleh Prof Dr Hazita
Azman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UKM tadi, dalam dunia seni dan
sastera.
Selama
48 minggu dari bulan Julai 2007 hingga Jun 2011, dalam majalah Dewan Budaya terbitan DBP, dalam
kira-kira 62,000 perkataan atau 312,000 aksara saya menulis kisah pembabitan
saya dalam dunia seni kreatif. Benarlah bahawa saya terdedah pada dunia seni
dengan kedatangan kumpulan Bangsawan terkenal ke kampung saya pada tahun-tahun
60-an, kemudiannya terbabit dalam drama Sandiwara, lalu aktif di sekolah dan
mencipta nama di Universiti Malaya melalui Kumpulan Kesenian Universiti Malaya
(KESUMA).
Saya mewakili
generasi dramatis yang turut dicorakkan oleh aktivisme dan gerakan pelajar
tahun-tahun 70-an, bersama teman-teman saya seperti Che Shamsuddin Othman
(Dinsman) Hatta Azad Khan, Mana Sikana, Zakaria Ariffin dan lain-lain. Saya
juga menulis novel, cerpen, esei dan sesekali puisi tetapi lebih dikenal
sebagai dramatis – penulis, pengarah dan pelakon.
Dunia
media yang saya ceburi telah berubah dengan hebatnya daripada dunia yang saya
kenal satu masa dahulu. Transformasi yang berlaku seiring dengan teknologi komunikasi
dan maklumat yang luar biasa hari ini. Pada zaman saya mula menjadi wartawan,
mesin taip masih membingitkan telinga di pejabat. Telefon bimbit apa lagi
telefon pintar atau smartphones masih
jauh dari impian. Internet masih berdekad lagi untuk dicipta. Begitu juga
kecanggihan aplikasi yang memungkin media sosial hari ini.
Demikian
juga dunia seni dan hiburan sudah berubah dengan drastiknya. Saya mengenal
filem melalui van Jabatan Penerangan yang masuk ke kampung membawa cerita
“propaganda kerajaan” selain filem koboi. TV tidak datang ke kampung saya,
Sungai Balang Besar, Muar, Johor melainkan pada awal tahun 80-an. Bangsawan dan
Sandiwara sudah lama hilang serinya.
Hari
ini industri kreatif dan kandungan (creative
content industry)menjadi industri berbilion ringgit yang impaknya amat luar
biasa. Hiburan mengambil bentuk yang sama sekali berbeza. Orang tidak lagi menonton
TV dalam bentuk dan format yang biasa atau konvensional. Migration berlaku dari format konvensional ke dalam platform yang
lain. Konsep “di mana-mana dan bila-bila sahaja” (anywhere, anytime) mencorakkan dunia ciptaan kandungan masa kini.
Maka itu generasi muda hari ini menggunakan aplikasi milik mereka – telefon
pintar, Ipad, YouTube dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat, berita dan
hiburan.
Dalam industri kandungan,
potensinya cukup luar biasa. Di Malaysia ia merupakan industri yang menggelegak
atau vibrant yang bernilai lebih
daripada RM16 bilion dan menyumbang pada
1.27 peratus Kandungan Keluaran Negara Kasar GDP). Jumlah ini masih terlalu kecil sebenarnya.
Ini
industri yang entry pointnya murah
dan memungkinkan siapa sahaja boleh menjadi bintang besar. Bayangkan dengan
hanya satu posting yang dikenal dengan “Gangnam Style”, seorang lelaki gempal bernama
Psy berusia 40-an dari Korea Selatan ditonton 1.4 bilion kali di YouTube. Kita
bukan sahaja melahirkan “Fenomena YouTube” tetapi juga melahirkan banyak bakat
yang sebelum ini tidak dimungkinkan oleh cara konvensional.
Hari
ini dunia kreatif menuntut transformasi yang baharu dengan memberikan penekanan
pada differentiation atau kelainan, curation atau pengaturansemula dan location atau tempat atau wilayah.
Dengan teknologi yang ada pada hari ini dan dengan mengingatkan bahawa industri
kandungan tidak mengenal batas dan sempadan politik dan ras, potensinya
tentulah hebat sekali.
Maka
itu, saya amat menghargai anugerah Doktor Falsafah (Komunikasi dan Pengurusan Kreatif) dari UKM ini. Saya menganggapnya satu
penghormatan bagi diri saya dari sebuah
universiti yang kaya dengan sejarah, kental dengan tradisi keilmuan dan
sentiasa menjadi lambang pengukuhan
dasar bahasa dan pelajaran kebangsaan.
Bagi
saya, ia akan memberikan kesempatan untuk membuat engagement dan berinteaksi dengan para ilmuan dan pelajarnya untuk
sama-sama menyelami dunia media dan komunikasi dan serta dunia kandungan
kreatif yang menarik itu. Iamemberikan saya peluang untuk melihat kerangka
baharu disiplin ilmu yang berkaitan dengan industri bersama-sama teman-teman di
UKM.
Saya
bukan sarjana dan ilmuan tetapi saya percaya pada tradisi kesarjanaan dan
keilmuan yang ada kaitannya dengan bidang media, komunikasi, kreasi kandungan dan pengurusan kreatif.
Saya
menyokong usaha untuk memahami perubahan dinamisme dalam masyarakat yang telah dicorakkan
oleh taste atau citarasa yang bebeza.
Ini ada kaitannya dengan nilai atau values
dan psyche masyarakat itu sendiri.
Dan lebih penting lagi kita perlu memahami faktor-faktor yang mengubah dinamisme
masyarakat malah negara pada masa ini.
Saya
berhasrat untuk menggunakan ruang yang diberikan oleh UKM melalui Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan untuk mengadakan siri wacana membincangkan pelbagai isu
yang relevan dalam disiplin yang sangat istimewa ini.
Lebih
penting lagi saya merasakan perlu untuk membantu mangangkat dunia media,
komunikasi dan pengurusan kesenian kreatif pada satu tahap yang lebih tinggi di
negara ini, Insya Allah.
Penganugerahan
ini juga satu pengiktirafan pada teman-teman saya dalam dunia media dan komunikasi
serta karyawan dalam bidang seni kreatif yang sebenarnya menjadi unsung heroes di tengah kehidupan yang semakin
rumit, kompleks, yang kadang-kala hilang pedoman dan arah, di tengah dunia yang
didekatkan oleh teknologi tetapi dijauhkan oleh peralatan teknologi itu
sendiri. Dunia yang penuh ironi.
Saya
mengucapkan terima kasih pada kalian yang sudi mendengar suara hati seniman,
wartawan, tokoh korporat dan manusia yang sentiasa mengangap dirinya kecil dan mahu memperbaiki diri, dan sesekali membuat
perubahan.
Saya
menganggap penghargaan ini adalah pencapaian
tertinggi yang pernah saya rasai dalam hidup saya.
Terima Kasih Universiti Kebangsaan Malaysia!
No comments:
Post a Comment