Ucap
Utama
Oleh
JOHAN JAAFFAR
ZIARAH
KARYA MENGENANG USMAN AWANG
Chalet
Pak Ya, Teluk Senangin, Segari, Lumut, Perak
16
Julai 2016.
Pada
29 November tahun ini, genaplah 15 tahun Sasterawan Negara Datuk Dr Usman Awang
kembali ke Rahmatullah.
Bagi
banyak orang beliau seorang sasterawan besar, ikon, imej kesenimanan tulen,
tokoh terbilang, suara bicara kemanusiaan dan conscience rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bagi
saya dan banyak teman-teman yang pernah mendampingi dan bekerja dengannya, Allahyarham
yang juga kami panggil “Tongkat” (mengambil sempena nama samara beliau “Tongkat
Warrant”) adalah seorang bapa, mentor dan sahabat.
Lebih
daripada itu, beliau seorang pendengar, pelindung, penenang, pembelai,
penyayang. Tanyalah teman-teman di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera
(BPPS) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
pada tahun-tahun 70-an dan 80-an yang berkesempatan bersamanya, Usman adalah
manusia istimewa – dalam ramah, lembut dan bersantun, penuh karisma, dikagumi
dan bersarat enigma.
Demikianlah
saya, anak kampung yang dihantar ke sekolah Inggeris pada tahun 1960 yang
mengenal nursery rhyme, gospel songs,
drama Shakespeare dan puisi-puisi Bryron, Keats dan TS Eliot, juga novel James
Joyce dan TS Lawrence, tiba-tiba terdedah dengan baris-baris puisi Usman Awang
yang indah, luar biasa dan mengagumkan.
Siapakah
yang dapat melupakan baris-baris ini:
Uda dan Dara
Bersumpah
keramat cinta
Kering lautan
runtuh langit
Terbelah
gunung gugur matahari
Berdua bersama
Berdua
sehidup semati - Uda
dan Dara
Tubuh kecil
itu mengingatkan daku
Sebatang
pinang di desa sepi
Kurus dan
tinggi
Ketika ribut
besar
Pohon
sekitarnya rebah terkapar
Dan pohon
pinang tegak menanti
Sinar
matahari pag - Gadis
Kecil
Akan kupintal
buih-buih menjadi tali mengikatmu
Akan kuanyam
gelombang-gelombang
Menjadi
hamparan
Ranjang
tidurmu - Kekasih
Kami mengunjung
pusara bonda
Sunyi sepi di
sinari suria
Wangi berseri
puspa kemboja
Menyambut
kami mewakili bonda - Ke
Makam Bonda
Punya satu
isteri mahu dakap sampai mati
Lima anak
mahu makan setiap hari
Teratak tua
digayuti cerita pusaka
Sebidang
tanah tandus untuk huma
Kulit tangan
tegang berbelulang
Biasa
mengeluar peluh berapa saja - Pak
Utih
Saya mengenal sastera Melayu selain Indonesia sewaktu dalam tingkatan enam – lalu mulalah saya dioleng oleh karya besar Syed Sheikh Ahmad Al Hadi, Harun Aminurashid, Marah Rusli, Hamka, dan kemudiannya A. Samad Said, A. Samad Ismail dan Abdullah Hussein dan puisi-puisi Baharuddin Zainal, T Alias Taib, Muhammad Haji Salleh dan Yassin Salleh selain Amir Hamzah, Chairil Anwar dan Sitor Sitomurang.
Saya mengenal sastera Melayu selain Indonesia sewaktu dalam tingkatan enam – lalu mulalah saya dioleng oleh karya besar Syed Sheikh Ahmad Al Hadi, Harun Aminurashid, Marah Rusli, Hamka, dan kemudiannya A. Samad Said, A. Samad Ismail dan Abdullah Hussein dan puisi-puisi Baharuddin Zainal, T Alias Taib, Muhammad Haji Salleh dan Yassin Salleh selain Amir Hamzah, Chairil Anwar dan Sitor Sitomurang.
Ini
dunia baharu yang istimewa bagi saya.
Tetapi
Usman Awang sudah menjadi sebahagian daripada psyche saya sejak saya mendampingi kumpulan Bangsawan Bintang Timur
Opera yang bermain di kampung saya pada awal tahun 60-an. Ada surat-surat istimewa
yang dikirimnya pada seorang primadona Bangsawan tersohor yang diminta oleh
primadona itu bacakan padanya. Nama Usman Awang mula terpahat dalam ingatan
saya. Walaupun saya hanya mengenalnya dari dekat hampir dua dekad kemudian.
Perihal
beliau jatuh hati pada primadona ini bukan rahsia lagi. Malah dalam salah
sebuah tulisan beliau, Usman Awang mempertahankan “anak wayang” yang ketika itu
mendapat kecaman masyarakat elitis yang tidak menghormati budaya sendiri dan masyarakat
umum yang berprasangka.
Malah
saya bernasib baik kerana sahabat karibnya sewaktu beliau menjadi polis di
Melaka adalah orang kampung saya. Kisah mereka bertiga terakam dalam novel Tulang-Tulang Berserakan, satunya novel
Usman.
Saya
mengenal Usman Awang juga melalui drama-dramanya. Saya aktif dengan kumpulan
Sandiwara, yang menggunakan bahan-bahan tinggalan Kumpulan Bintang Timur Opera
yang jatuh bankrap di kampung saya. Pada tahun 1970 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika itu
mengadalan pertandingan drama peringat nasional. Drama wajib adalah pilihan di
antara “Menyerahnya Seorang Perempuan” dan “Denyut Jantung”, kedua-duanya karya
Usman Awang. Badan Bistari, nama kumpuan Sandiwara kampung saya, telah memilih “Menyerahnya Seorang Perempuan”.
Dua
hari sebelum kami ke Muar untuk pertandingan peringkat daerah, pelakon yang
membawa watak Tun Ali dihinggapi campak. Kumpulan jadi panik. Tidak ada orang
lain yang menghafal dialog Tun Ali melainkan saya. Saya berusia 17 tahun ketika
itu. Tun Ali ialah Bendahara Melaka yang dicabar oleh Tun Perak. Sultan Melaka
harus membuat pilihan sama ada mengekalkan Tun Ali sebagai Bendahara dan
berdepan dengan krisis terburuk dalam sejarah kerajaan itu atau mengambil Tun
Perak tetapi akan menghadapi resiko perang saudara. Sultan telah menghantar Sri
Amerta, seorang pembesar Melaka untuk bertanya apakah yang dimahukan oleh Tun
Ali.
Tun
Ali meletakkan syarat untuk mengahwini Tun Kudu, kakak Tun Perak, yang juga
Permaisuri Melaka sebagai ganjaran untuk beliau mengundurkan diri.
Apa
yang ditulis oleh Usman Awang tentang keinginan Tun Ali akan terakam sebagai salah sebuah dialog
terbaik dalam sejarah drama negara ini:
TUN
ALI: Dapatkah kau menyatakan padaku,
perempuan manakah di bumi Melaka ini yang cantiknya separas bulan, yang
lembutnya mengutus angin, suaranya buluh perindu gunung Ledang, rambutnya
mayang mengurai ketika petang….ditambah dengan bidang dadanya tekukur diagah,
lembut lengannya baldu Cina, harum tubuhnya cempaka digunung, bersama sifat
lembut menyerah, merelakan tiap gerak dan laku seorang lelaki, lelaki yang tahu
menumpahkan berahi.
Saya dituakan, dimake-up tebal dan dijadikan si biang keladi dan ulat bulu. Saya
menang Pelakon Pembantu Terbaik kerana lakonan itu. Sewaktu saya mengambil hadiah,
Pegawai Daerah bertanya saya, “Mana pelakon tadi?” Dia terperanjat apabila saya
memberitahu beliau, sayalah yang memainkan watak Tun Ali.
Malangnya
apabila drama itu mewakili daerah ke Johor Bahru, kumpulan kami tidak menang
apa-apa hadiah, termasuk pelakon Pembantu Terbaik Lelaki yang saya menangi di
Muar. Watak itu dibawakan oleh pelakon asal.
Sewaktu
saya di Universiti Malaya saya mula berjinak-jinak dengan kumpulan Anak Alam,
yang mendapat belaian dan naungan Usman Awang. Anak Alam banyak terhutang budi
pada beliau kerana banyak bakat-bakat dari kalangan Anak Alam – yang mendapat
ruang untuk berkarya di DBP, khususnya dalam majalah yang beliau pimpin, Dewan Sastera yang mula terbit pada
tahun 1971.
Saya
harus mengakui bahawa saya “ditemui” oleh Usman Awang. Pada tahun 1975, saya
mengarahkan “Kotaku Oh Kotaku” sewaktu Malam Berbunga Sajak II di Panggung
Eksperimen UM. Itu percubaan saya yang pertama mengarahkan drama di UM. UM
menggelegak dengan kegiatan seni ketika itu dan dalam bidang teater, Dinsman
sudah mencipta nama sebagai dramatis eksperimental.
Pementasan
“Kotaku Oh Kotaku” menarik perhatian Usman Awang. Banyak orang memberi pujian
pada saya malam itu. Tetapi saya tidak dapat melupakan Usman yang bersalam
memberi tahniah pada saya selepas pementasan itu. Dia memuji-muji persembahan
itu. Dia juga menyatakan kegembiraannya kerana tema yang saya bawakan. “Johan
pejuang rakyat melalui drama ini,” kata beliau.
Dua
bulan kemudian, Dewan Sastera
keluaran bulan November 1975 membuat laporan mengenai Malam Berbunga Sajak II.
Tulisan “Sri Semantan” dalam majalah itu menyebutkan, “Paling menarik ialah
Kotaku Oh Kotaku drama karya Johan Jaaffar, bukan semata kerana Johan Jaaffar
memusatkan dan menggabungkan tukang sapu, pengangkat najis dan pelacur, tetapi
juga mempertentangkannya dengan golongan seniman dan establishment. Ada semilu
ejekan terhadap golongan seniman dan birokrat….”
Menurut
tulisan itu lagi, “Bagaimanapun Johan Jaaffar ternyata seorang penulis dan
mahasiswa yang menjanjikan, kesedaran dan sikapnya sudah terserlah.”
Saya
percaya Sri Semantan adalah Usman Awang sendiri.
Pada
satu hari dalam bulan Mac 1976, penulis Dharmawijaya atau nama sebenarnya
Kamaruzaman Abdul Kadir yang pada masa
itu senior saya dalam tahun ketiga Jabatan Pengajian Melayu (JPM) bertanya
apakah saya sudah melihat Dewan Sastera
yang terbaru.
Maksud
beliau Dewan Sastera keluaran bulan
Mac 1976. “Pergi cari, drama kau kat kulit depan,” dia memberitahu saya.
Dewan Sastera belum dijual
di kampus. Saya betul-betul ketiadaan wang masa itu. Minyak motorsikal pun tak
ada. Saya meminjam duit seorang teman dan mengisi minyak RM2 dan keluar ke
Kuala Lumpur mencari Dewan Sastera
yang terbaru. Di sebuah kedai di Bangsar saya melihat Dewan Sastera tergantung. Saya melihat memang benar drama “Kotaku
Oh Kotaku” dijadikan hiasan kulit. Nama saya tertera dalam tulisan merah
bersama masthead majalah itu. Enam
keping gambar dijadikan montaj hiasan. Hassan Majid membuat ilustrasi kulit
majalah itu.
Sekali
lagi saya tergamam dan terharu. Saya tidak pernah mengimpikan bahawa satu hari
nanti nama saya akan tercatat di kulit depan sebuah majalah sehebat Dewan Sastera. Apa lagi untuk
membayangkan bahawa drama saya menjadi hiasan kulitnya. Saya telah melalui
jalan yang panjang dan berliku untuk sampai ke situ. Saya bermula dengan
menjadi budak suruhan keluarga Bakar M dan Rahman B di kampung saya sewaktu
mereka datang dengan Bintang Timur Opera. Saya terbabit dalam kegiatan Sandiwara
bersama Cikgu Misdi Abu Bakar dan kumpulan Badan Bestari Sungai Balang. Saya
pernah berada di pentas Wayang Cina dan menjadi ku xiao zi atau “tukang
nangis” dalam upcara kematian orang Cina.
Apabila
saya berkhidmat di DBP pada 1 Julai 1977, saya sepertikan berasa berada dalam
sebuah dunia yang luar biasa. Disitulah tempat berhimpunnya karyawan terbaik
seperti Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Abu Yazid Abdidin (Wijaya Mala), Abdul
Wahab Muhammad (Awam-il-Sarkam), Abdullah Hussain, Baharuddin Zainal, (Baha
Zain), Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Anwar Rithwan, Dinsman, Syed Jaafar
Husin, Shamsuddin Jaafar, A.M. Thanim, Wan Umar Ahmad (Sutung Umar RS), A.
Ghani Abdullah dan ramai lagi.
Demikian
hebatnya BPPS, dari 13 penerima Anugerah Sasterawan Negara sehingga ini, enam
orang datangnya dari DBP, dan kesemua enam orang itu dari BPPS – Keris Mas,
Usman Awang, Abdullah Hussain, Anwar Rithwan, Ahmad Kamal Abdullah dan
Baharuddin Zainal.
Selama
15 tahun saya di DBP sebelum saya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar
Utusan Melayu.
Pada
14 Julai 1998 saya meninggalkan Utusan
Melayu. Saya terapung-apung di luar, tidak dianggap kosher (halal) lagi kerana saya dianggap kroni Datuk Seri Anwar
Ibrahim (DSAI). Apabila DSAI disingkirkan pada 2 September 1998, banyak
kawan-kawan yang rapat dengan beliau dipinggirkan. Stigma pada saya amat hebat.
Pada
saat-saat sukar itulah saya kembali pada Usman Awang, meminta pandangan atau
sekadar berbual-bual dengannya. “Sabar,” katanya. “Kita harus lalui semua itu
dengan tabah. Johan akan kembali ke arus perdana,” kata beliau.
Saya
tahu Usman memahami dilema saya. Beliau pernah menjadi wartawan. Beliau
berkhidmat di Utusan Melayu semasa akhbar itu di Cecil Street, Singapura lagi.
Terlalu banyak peristiwa pahit yang telah beliau lalui. Pada tahun 1961 apabila
ada usaha untuk mengambil alih Utusan Melayu oleh UMNO, warga Utusan Melayu
memprotes. Mereka mahukan Utusan Melayu bebas dari kekangan politik. Mereka mahu
Utusan Melayu terus menjadi suara
keramat yang mempertahankan kepentingan orang Melayu.
Wartawan
Utusan Melayu melancarkan mogok yang bertahan selama 90 hari. Pengarang Utusan
Melayu, Said Zahari ditahan di bawah Operasi Cold Storage di Singapura. Beliau
mencipta rekod sebagai salah seorang tahanan ISA paling lama di negara ini – 17
tahun.
Dalam
keadaan tegang dan cemas itulah, Usman Awang menghasilkan sajak “Duri dan Api”.
Di antara bait yang paling diingat ialah:
“Kawan-kawanku yang dikasehi,
Di belakang
duri di depan api
Kita tidak
bisa undur lagi
Duri dan api,
tajam panasnya kita hadapi.”
Apabila
beliau meninggal dunia, saya telah dihubungi oleh akhbar Utusan Malaysia agar menulis belasungkawa untuk beliau. Rencana
yang tersiar pada 30 November 2001 itu berjudul “Usman Awang Yang Saya Kenal.”
Apa yang menarik ialah, itulah rencana saya yang pertama disiarkan oleh akhbar
yang pernah saya pimpin sejak saya tinggalkan pada 14 Julai 1998! Syarikat itu
mengambil masa 40 bulan atau tiga tahun
empat bulan untuk memberi luang pada mantan Ketua Pengarangnya menulis untuk
akhbar yang pernah dipimpinnya.
Benar
ramalan Usman Awang bahawa saya “kembali ke arus perdana” – 11 tahun setelah
meninggalkan Utusan Melayu saya menjadi Pengerusi Media Prma Berhad.
Saya
juga banyak “berhutang” pada Usman Awang. Salah satunya adalah janji untuk
menulis sesuatu bersama beliau. Pada kira-kira tahun 1980, sewaktu beliau masih
menjadi Timbalan Ketua Bahagian BPPS, saya menceritakan pada beliau saya baru
pulang dari kampung kelahiran beliau yakni Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota
Tinggi Johor. Saya juga telah melawat makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di
pinggir Sungai Johor di Kota Tinggi.
“Saya
sentiasa terfikir untuk menulis kisah itu,” kata Usman Awang. Kisah Panglima
Bentan yang berkorban untuk rajanya tetapi isterinya dibunuh semata-mata kerana
makan seulas nangka memang tragis.
Saya
mencadangkan beliau menulis kisah itu. Beliau memandang saya dan berkata,
“Kenapa Johan tak tulis?”
Saya
memberitahunya kisah itu akan menjadi lebih hebat daripada “Uda dan Dara” yang
beliau hasilkan. Saya percaya buah tangannya diperlukan untuk menghasilkan
sebuah tragedy sehebat itu.
“Apa
kata kita tulis bersama?” Dia menyarankan. Saya menganggapnya gurauan.
Usman
bersara dari DBP pada 12 Julai 1983. Saya sudah berada di DBP selama enam tahun
waktu itu. Pada tahun 1987, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
(Tun sekarang) melancarkan dua buah buku beliau, Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang dan Drama-Drama Pilihan Sasterawan Negara Usman
Awang. Saya diberikan amanah untuk merencanakan produksi khas malam itu.
Saya membawakan petikan daripada drama “Menyerahnya Seorang Pahlawan” dan “Matinya
Seorang Pahlawan”. Saya juga meminta
kerjasama pelajar-pelajar Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) untuk mementaskan
sebahagian daripada “Uda dan Dara”.
Beliau
amat berpuas hati dengan arahan saya. Sebelum pulang dia berbisik, “Bila Johan
nak tulis drama kita tu?”
Saya
hampir-hampir lupa bahawa beliau pernah menyarankan kami menulisnya bersama
tujuh tahun sebelum itu.
Beberapa
kali saya menemuinya di rumah selepas itu. Beliau semakin uzur. Tentulah beliau
bertanya tentang kawan-kawan di BPPS. Kami bercakap tentang karya dan setiap
kali beliau akan menanyakan tentang “drama kita.” Secara jujur saya sudah
menulis beberapa adegan drama itu yang saya tulis dalam bentuk muzikal tetapi
saya malu untuk menunjukkan pada beliau.
Dia
memberikan gambaran watak-watak utama dalam drama itu – Sultan Mahmud dan
Panglima Bentan. Prinsipnya ialah “raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah” sesuai dengan persetiaan atau kontrak sosial Sang Sapurba dengan
Demang Lebar Daun dalam kitab Sejarah
Melayu.
Sehingga
beliau meninggal pada tahun 2001, skrip itu tidak bertulis.
Tidak
ada siapa yang dapat menafikan bahawa Usman Awang berjasa besar pada dunia
sastera tanahair. Beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1983,
orang yang kedua menerima penghormatan itu. Bagi saya Usman Awang telah
membuktikan keupayaan Bahasa Melayu sebagai wahana sastera paling tinggi.
Dalam
belasungkawa saya dalam Utusan Malaysia
saya menyebutkan bahawa beliau “seorang tukang terbaik memahatkan kreativitinya
menggunakan ungkapan, untaian, frasa dan kata-kata yang tepat dan indah.”
Beliau
telah membuktikan bahawa pengucapan yang indah dapat digarap dalam Bahasa
Melayu. Beliau telah “menyempurnakan penggunaan kreatif” bahasa itu. Beliau sebenarnya
Shakespeare kita!
Bagi
saya sendiri, Usman Awang sentiasa di hati saya. Saya telah melalui perjalanan
seni yang jauh dan panjang dari pembabitan saya sebagai penarik tiri Bangsawan
kumpulan Bangsawan Bintang Timur Opera yang bermain di kampung saya, Kampung
Sungai Balang pada tahun 1960 hinggalah akhirnya saya menjadi Pengerusi Media
Prima Berhad dari 2009 hingga 2015. Semuanya saya rakamkan dalam buku yang
bakal diterbitkan oleh DBP yang berjudul Jejak
Seni Johan Jaaffar: dari Pentas Bangsawan Hingga Media Prima Bhd. Dalam seluruh jejak seni itu, saya sentiasa
menyedari “kehadiran” Usman Awang sebagai sumber inspirasi dan kekuatan saya.
Negara
terhutang budi pada beliau kerana beliau memaparkan nilai kemanusiaan yang
tinggi. Humanisme universal yang dipegangnya melampuai ras dan agama, darjat
dan keturunan. Beliau menjadi suara bicara setiap warga di negara tercinta ini.
Seperti yang beliau nukilkan dalam novel karyanya satu-satunya Tulang-Tulang Berserakan yang merosakkan
manusia ialah kebencian, prasangka, dendam dan kecurigaan.
Bagi
Usman Awang kejahatan tidak mengenal bangsa begitu juga kebaikan. Tidak banyak
karyawan Melayu yang diterima oleh orang bukan Melayu. Usman Awang adalah
pengecualian. Usman Awang melihat “merpati putih” sebagai simbol keamanan.
Usman
terlalu istimewa bagi sastera tanahair. Beliau adalah bintang cemerlang yang
menyinari jejak-jejak di pantai zaman. Beliau
menjadikan sastera medan juang membangkitkan keinsafahan – tanpa perlu menjadi
ganas, menjadi biadab, menjadi kurang ajar. Beliau membentuk keMelayuannya
tanpa perlu mengenepikan orang lain. Beliau mendakap kemanusiaan sejagat bukan
sebagai satu doktrin tetapi satu keyakinan, iltizam malah penanda aras
perjuangan.
Kita
tahu sumbangan beliau sebagai sasterawan, sebagai ideolog Angkatan Sasterawan
50 (Asas 50), sebagai pengurus budaya di DBP dan lebih penting sebagai abang,
bapa dan mentor pada entah ratusan sasterawan serta menjadi sumber inspirasi
bagi mungkin jutaan yang lain.
Pada
petang ini, di sini, saya mewaili teman-teman, kalangan sasterawan dan budayawan,
dan rakyat negara seluruhnya serta mereka yang sehaluan dengan citra
kemanusiaannya untuk menyatakan penghormatan kita pada beliau.
Moga-moga
Ziarah Karya Memperingati Usman Awang ini seadil-adilnya menjadi petanda penghormatan kita buat manusia yang
sedemikian besar dan perkasa.
Izinkan
saya memetik ungkapan beliau yang terpampang di pintu masuk lama Perpustakaan
Universiti Malaya:
Kota
kebenaran penaung kebebasan ucapsuara
Dari ruang
ini bersinar-sinar keagungan pemikiran
Menghayati
teluk-teluk zaman demi zaman
Tanpa prasangka tanpa batas benua.
Tanpa prasangka tanpa batas benua.
Itu
persepsi beliau tentang sebuah gapura ilmu.
Tetapi
baris-baris indah itu juga memancarkan sikap, pendirian dan pandang dunianya tebagai
sasterawan dan humanis!
Terima
Kasih.
No comments:
Post a Comment