Oleh JOHAN JAAFFAR
Rencana ini termuat dalam buku
cenderamata drama “Pokok” yang dipentaskan di Auditorium DBP dari 7 Disember hingga
16 Disember 2018. Drama ini merupakan persembahan Drama Perdana DBP dan
diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perodua
dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM). Rencana ini
juga tersiar dalam Dewan Sastera, Februari 2019.
Alhamdulillah, drama “Pokok” yang tersiar dalam
majalah Dewan Sastera, September 2017
telah Berjaya dipentaskan. “Pokok”
merupakan sebahagian Teater Perdana DBP, yang juga merupakan drama ke-70
yang dipentaskan oleh DBP. Drama pertama adalah “Tamu Bukit Kenyy” karya Usman
Awang (Sasterawan Negara) dan diarahkan oleh Baharuddin Zainal (juga kemudiannya
menjadi Sasterawan Ngara) pada tahun 1967.
“Pokok” diarahkan U-Wei HjShaari, pengarah filem
tersohor yang 10 tahun lalu pernah mengarahkan “Wangi Jadi Saksi” juga terbitan
bersama DBP. Drama ini dilakonkan oleh Haliza Misbun, Ebby Saiful, Rahim
Jailani dan Buyung Zasdar.
Apakah yang menghilhamkan “Pokok”? Sewaktu
proses latihan pelakon yang terbabit ingin tahu bagaimana saya mendapat ilham untuk
“Pokok.” Mereka juga ingin tahu apakah watak-watak seperti Mardiah, Darwis,
Amud dan Tuk Kaya berdasarkan manusia yang hidup atau komposit daripada watak
yang saya kenal. Atau mungkin juga ada watak di dalamnya yang terbina dari latar-belakang
saya sendiri.
Memang “Pokok” ada ceritanya yang tersendiri.
Saya membesar di sebuah kampung, jauh dari Bandar
yang terdekat. Belukar, kebun getah, sawah padi, pokok, lalang, semak, tumbuh-tumbuhan,
menjadi sebahagian daripada backdrop kehidupan
saya. Bersama-sama rakan-rakan sebaya di Kampung Sungai Balang Besar, Muar,
Johor, saya mengenal kehidupan dari pengalaman bermandi-manda di parit dan
sungai, bermain di antara pohon getah dan belukar, mengailikan, menangkap burung wak-wak serta membantu bapa saudara
bersawah atau pergi ke laut.
Kami punya “Laluba Street, Tokyo”, lorong sempit
di bawah rimbunan pohon duku dan manggis berdekatan dengan rumah saya.
Di
lorong itu terdapat pohon yang besar dan tinggi yang menjadi tempat kami
berteduh. Namun dahannya yang rapuh selalu mengancam kami. Entah siapa yang
memberikan nama seunik itup ada locong kecil yang bercakap abila hujan dan sentiasa
semak yang harus kami untuk pergi mengaji pada setiap malam.
Lorong itu punya cerita yang tersendiri buat
kami. Lorong ini saya abadikan dalam cerpen saya, “Laluba Street, Tokyo” yang
pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia,
9 Oktober 1977, yang juga terkumpul dalam koleksi cerpen Pelarian Sang Hero (1980, diterbitkan semula 2018).
Dalam buku saya Jejak Seni: Dari Pentas BangsawanKe Media Prima Berhad, saya menceritakan
kisah tiga sahabat yang berjanji akan bertemu semulas etiap 10 tahun di bawah sebatang
pokok besar dekat sekolah pertama saya di Semerah - Peserian Primary English
School. Sekali lagi pokok besar memainkan peranan penting dalam naratif kanak-kanak
saya. Pokok itu menjadi tempat kami bermain. Tidak hairanlah jikalau kami tiga sahabat berjanji akan bertemu di pokok itu
selepas meninggalkan sekolah, walaupun di mana dan apa yang kami lakukan dalam hidup
kami kemudian.
Saya tetap menunaikan janji saya. Pokok itu tidak
lagi berdiri sejak 20 tahun yang lalu.
Bagaimana pun janji zaman kanak-kanak tetap saya tunaikan setiap 10
tahun bermula pada tahun 1975. Tahun 2015 genaplah 40 tahun selepas perjanjian
kami. Kedua-dua kawan saya tidak muncul pada setiap waktu yang dijanjikan. Insya
Allah sekiranya umur saya panjang saya akan berada di tempat itu pada tahun
2025.
Maka itu “pokok” sentiasa membayangi kehidupan
saya. Pada tahun 1996 saya membeli sebuah rumah di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Saya telah menanam sepohon jejawi dari kecil. Dua puluh tahun kemudian ia menjadi
pohon besar dan mengancam rumah kami dengan akarnya yang kuat. Dua tahun yang
lalu, dengan penuh rasa kesal saya terpaksa menebang pokok besar itu.
Setiap kali saya melihat pokok besar itu, saya
teringat tentang “pokok” yang saya “kenal” sepanjang saya membesar.. Dan saya terfikir
untuk “menghidupkan” pokok dalam imaginasi kreatif saya. Entah puluhan tahun saya
memikirkan tentang sebuah drama yang berkisar di sekeliling “pokok”. Saya membayangkan pelbagai scenario bagaimana pokok
itu menjadi “watak utama”dalam drama saya.
Pada tahun 1980/81, saya menjadi siding pengarang
majalah Dewan Budaya terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera
(BPPS) ketika itu adalah Baharuddin Zainal atau Baha Zain (Datuk dan kemudiannya
pemenang Anugerah Sasterawan Negara). Beliau mencadangkan saya membuat laporan penyiasatan
tentang kehidupan malam di KL. Saya tidak perlu datang ke pejabat selama sebulan.
Setiap malam saya akan menyusuri KL melihat sendiri kehidupan pelbagai penghuni
malamnya.
Selama sebulan saya menemui penari kabaret dan
dangdut, saya menjengah rumah urut dan rumah pelacuran, saya merayau lorong-lorong
yang jarang dilalui orang, serta kelab, pelbagai tempat judi haram dan sarang samseng.
Saya mempersiapkan tujuh (7) siri rencana yang
saya berikan nama “Bila Malam Bertambah Malam.”Agaknya mungkin terlalu kontroversil
pembongkaran itu, Baha Zain mencadangkan hanya sebuah rencana yang disiarkan,
itu pun nadanya telah dilunakkan dari laporan asal (Dewan Budaya, Julai 1981).
Daripada sekian banyak manusia yang saya temui,
seorang wanita menarik perhatian saya. Beliau adalah seorang bartender di sebuah pub di Jalan Pahang.
Saya hanya mengenal namanya sebagai “Ji” – berusia kira-kira 30-an. Beliau khabarnya
bekas banduan, pernah terbabit dalam kes rompakan dan dadah. Tetapi Ji yang
saya lihat di pub itu seorang wanita yang baik, prihatin dan suka menolong. Saya
tahu reputasinya sebagai kasar dan celupar, tetapi dalam profesyen sedemikian,
siapakah yang boleh menyalahkan beliau. Beliau masih cantik dan banyak peminat
di pub itu.
Bagi anak muda seperti saya yang baru empat tahun
keluar university dengan idealisme yang luar biasa, tentulah kehidupan Ji menarik
perhatian saya. Saya tidak lama mengenalnya.
Beberapa bulan selepas habis tugasan malam untuk majalah Dewan Budaya itu saya singgah di pub
itu, tetapi Ji sudah tidak lagi bekerja di situ. Malang sekali kisah bartender
itu tidak dapat saya muatkan dalam laporan yang tersiar dalam majalah Dewan Budaya itu.
Bagaimanapun “Ji” saya rakamkan dalam cerpen saya,
“Potret Seorang Anu Sebagai Anu” yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera, Februari 1983. Bartender
dalam cerpen itu saya beri nama Ji.
Lama selepas perkenalan saya dengan Ji, saya masih
mengingat tentang perwatakan dan kehidupannya. Saya enggan menggunakan ukuran moral dan agama
untuk menilai beliau. Saya tidak mahu menetapkan buruk baik profesyen beliau.
Tetapi saya melihat aspek kemanusiaan dari kehidupan Ji yang saya percaya penuh
drama dan cabaran.
Ji saya jelmakan sebagai“Mardiah” dalam drama
ini. Saya berikan latar-belakang saya sendiri tentang watak Mardiah. Saya tidak
tahu apakah Ji ada kekasih, suami atau tinggal sendirian. Mardiah saya berikan sedikit
latar-belakang Ji, tetapi dengan permasalahan yang berbeza. Saya tidak tahu siapa
ayah Ji tetapi dalam watak yang saya jelmakan dalam “Pokok” Ji punya latar kehidupan
yang amat dramatik.
Beliau anak kepada seorang ayah yang baik,
terlalu baik hingga Mardiah menjatuhkan hukum:
“Kadang-kadang terfikir juga
saya, apakah dia akan diberi ganjaran di akhirrat kerana jujurnya atau dihukum
kerana kegagalannya mendidik anak-anaknya.”
Mardiah, mungkin juga Ji, melihat dunia yang brutal, kasar dan tanpa kemanusiaan.
Mungkin orang baik tiada tempatnya di dunia yang menggilai kebendaan. Mardiah mahu
menjadi baik.
Mungkin dia tidak menemui kebaikan itu. Mungkin dia hanya menemui
salvation apabila mengenali Darwis.
Saya tidak tahu apakah dilemma Ji sama dengan Mardiah.
Saya tidak dapat menyelami kehidupan Ji dengan lebih mendalam. Tetapi saya dapat
membina karaktor Mardiah dengan cermat.
Ji memang inspirasi saya untuk watak “Mardiah”
– watak utama dalam “Pokok.” Tetapi Mardiah bukan Ji. Mungkin juga secara tidak
sedar Mardiah adalah komposit pelbagai karaktor manusia yang pernah saya kenal atau
saya temui. Tetapi Ji tidak terhenti setakat tahun 1981, watak itu mengganggu imaginasi
saya bertahun-tahun hingga saya rakamkan dalam drama “Pokok”.
Ji muncul dalam”Pokok” 36 tahun kemudian,
tidak sepenuhnya tetapi sebahagian daripada watak yang saya bina.Entah mengapa saya
berasa begitu puas. Pokok yang menjelma dalam pelbagai situasi dalam hidup saya
kini saya gabungkan dengan seorang wanita yang penuh warna-warna yang
mengharapkan pokok besar di hadapan rumahnya akan menaunginya.
Watak-watak lain melengkapi kehidupan Mardiah dalam
“Pokok”. Darwis, lelaki malang yang akhirnya mengenal ketenangan dan
kebahagiaan bersama Mardiah. Amud punya cerita panjang tentang perkahwinan dan
survival dan Tuk Kaya yang sebenarnya melihat dunia hanya dari kaca mata kekayaannya.
Mardiah bagi saya terlalu berharga. Mardiah bukan
sekadar seorang wanita yang kompleks – keras hati, degil, celupar, combative, tapi penuh humour serta
playful, tetapi mendefinisikan semula kehidupannya setelah menemui Darwis.
Banyak orang mungkin tidak faham (seperti juga Tuk Kaya dalam drama ini) mengapa
orang secantik Mardiah boleh mengahwini Darwis yang “tidak punya apa-apa.”
“Mardiah” muncul 14 tahun selepas watak besar ciptaan
saya bernama “Asiah Samiah”.
Saya jadikan Asiah Samiah judul drama saya,
drama yang memenangai Hadiah Sastera pada tahun 2003. “Asiah Samiah” juga
pernah memenangai Hadiah Sastera Negeri Johor pada tahun yang sama. Terdahulu daripada
itu saya pernah memenangi Hadiah Sastera pada tahun 1986 kerana adaptasi pentas
novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya
Anwar Rithwan.
Saya telah mengarahkan drama adaptasi itu dan
selama dua tahun Badan Budaya DBP membawanya ke banyak tempat termasuk di
Singapura.
Drama itu juga memperkenalkan banyak pelakon yang kemudiannya menjadi
pengarah dan pelakon teater dan filem yang hebat di negara ini.
“Pokok”adalah pengalaman menulis yang luar biasa.
Saya jarang menulis drama yang berciri realis untuk pentas. “Asiah Samiah” masih
terlihat nada eksperimental dan “absurd”nya. Sehingga ini “Asiah Samiah” belum dipentaskan. Ia menjadi naskhah wajib untuk
sastera tingkatan enam (Sijil Tinggi Persekolahan) sehingga ini.
Saya lebih dikenali sebagai salah seorang
dramatis yang dikaitkan dengan aliran absurd di Malaysia bersama-sama Nordin
Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Mana Sikana, Anuar Nor Arai, Zakaria Ariffin
dan ramai lagi. Orang mengenal saya kerana teater eksperimental seperti “Kotaku
Oh Kotaku”, “Angin Kering”, “Sang Puteri” “Dia” dan “Pemain”. Untuk menulis
drama TV saya menggunakan nama “Jaafar Khan”. Pada penghujung tahun 70-an dan
80-an, drama-drama TV saya (yang hamper kesemuanya diterbitkan oleh Allahyarham
Abdullah Zainol) disiarkan oleh RTM. Antara drama-drama terbitan RTM karya saya
adalah “Asy Syura”. “Angin Bila Menderu”, “Anjung Batu”, “Pemandu Teksi”,
“Pelari”, “Pak Tua” dan “Pendekar Raibah.”
Saya sudah meninggalkan dunia teater sejak tahun
1987. Arahan saya yang terakhir ialah “Tuk Selampit” karyaAllahyarham Dr Anuar
Nor Arai. Itu pun tak dapat saya habiskan. Zakaria Ariffin mengambil alih tugas
mengarahkan drama itu yang kemudiannya dibawa ke Pesta Teater Asean di Manila
pada bulan Ogos tahun itu. Namun demikian saya tidak pernah melupakan teater.
Kecintaan saya pada dunia teater tidak pernah padam. Sewaktu di UtusanMelayu
(sebagai Ketua Pengarang dari 1992 hingga 1998) saya membantu menerbitkan beberapa
buah drama besar, antaranya “Lantai T. Pinkie” karya A. Samad Said. Saya
beruntung menjadi Pengerusi Media Prima Berhad, yang merupakan syarikat media
terbesar dan memiliki syarikat menerbitkankan dungan atau content, Primeworks.
Saya melihat perkembangan drama semasa yang
jauh berbeza dengan zaman saya, Dinsman, Hatta, Anuar Araidan Zakaria. Di KL, Panggung Eksperimen dan Panggung
Drama DBKL selain Balai Budaya DBB, menjadi lantai di mana berkocaknya seni teater
pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.
Semua itu hanya tinggal kenangan.
Maka itu apabila saya menulis “Pokok” secara sedar
saya mahu mengembalikan tradisi drama realis ke pentas –sesuai dengan semangat
yang pernah ditiupkan oleh Usman Awang, Kala Dewata, Kalam Hamidi dan Bidin Subari.
Pengalaman menulis “Pokok” cukup istimewa bagi
saya. Apabila ia tersiar dalam majalah Dewan
Sastera pada bulan September 2017, saya tidak pernah terfikir ia akan dipentaskan
sebegitu cepat. U-Wei menyatakan beliau terhuja dengan drama itu lantas berhasrat
untuk mengarahkannya. U-Wei pengarah besar yang mencipta nama dengan Perempuan, Isteri Dan…, BuaiLaju-Laju, Kaki
Bakar, Jogho dan Hanyut bersedia mengarahkan
drama dari naskhah saya ini. Saya menganggapnya satu penghormatan.
Akibat banyak siri “ngeteh” bersamaU-Wei
(pengarah), Syahid (penerbit), Sabri Yunus dan Aris Othman maka muncullah
“Pokok” di pentas.
·
No comments:
Post a Comment